Keistimewaan PST

    Perasmian dan pertukaran nama sekolah dilakukan oleh Perdana Menteri yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.SMKTAR merupakan sekolah yang mempunyai pelajar dan guru yang berbilang kaum, dan mampu bekerjasama dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan.Galeri Tunku merupakan satu sudut yang menempatkan memori SMKTAR, kejayaan-kejayaan sekolah dansudut warisan tradisi Malaysia. Galeri ini terletak di ruang hadapan bilik pengurusan Pusat Sumber.Bahan Relief bermaklumat merupakan satu program yang telah memenangi tempat ke-3 bagi anugerah Kreatif dan Inovatif peringkat kebangsaan tahun 2004. Pusar sumber telah membuat pemurnian terhadap bahan tersebut.