1.4.11

Kunjungan Guru dan Pengawas Pusat Sumber SMK Paya Keladi

Salam muhibah!

Pada hari Isnin lalu, 28 Mac 2011, Pusat Sumber Tunku telah menerima kunjungan persahabatan daripada SMK Paya Keladi, Kepala Batas. Seramai 5 orang guru pengiring dan 40 orang Pengawas Pusat Sumber mereka hadir untuk melakukan lawatan ke Pusat Sumber Tunku yang telah memenangi tempat pertama di Pulau Pinang pada tahun lepas.

Ketibaan rombongan

Rombongan tersebut tiba ke SMKTAR pada jam 9.00 pagi. Mereka disambut oleh Penyelaras Pusat Sumber Tunku, Puan Wan, dan empat orang guru pusat sumber yang lain iaitu Cik Fathiah, Cik Zilatul Ain, Cik Roszila dan Cik Syuhadah.

Wakil SMK Paya Keladi menandatangani Buku Pelawat




Bacaan doa oleh salah seorang Pengawas Pusat Sumber, Megat Fawwaz

Puan Wan memberikan ucapan alu-aluan sambil memaparkan tayangan montaj. Rombongan SMK Paya Keladi kemudiannya dihidangkan dengan jamuan ringan sebelum meneruskan lawatan ke Pusat Sumber Tunku.



Peserta rombongan tekun mencatat


Ucapan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Zawiyah

Di PST, kedua-dua pihak berbincang dan berkongsi pendapat mengenai beberapa aspek pusat sumber seperti sistem fail, susun atur buku dan Bilik Audio-Visual.

Plak penghargaan daripada Pusat Sumber SMK Paya Keladi

Sesudah melakukan lawatan dan sesi bergambar, peserta-peserta rombongan bersalaman dengan wakil PST sebelum bertolak pulang ke Kepala Batas.

Guru-guru kedua-dua pusat sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan