26.3.11

26 Mac: Hari Bumi 2011

Salam muhibbah!

Hari Bumi dianjurkan pada setiap tahun untuk menggalakkan individu dan pihak kerajaan seluruh dunia untuk mengambil tindakan positif demi alam sekitar dan meraikan komitmen mereka terhadap planet ini dengan cara memadamkan lampu selama sejam.


Pada tahun ini, Hari Bumi yang diraikan pada 26 Mac menyasarkan untuk membuktikan bahawa seluruh dunia mengambil peranan dalam usaha mengurangkan impak persekitaran. Secara tidak langsung usaha ini diharapkan dapat menggalakkan pihak-pihak lain untuk menyertai komuniti global dalam mencari penyelesaian terhadap cabaran-cabaran alam sekitar.

Hari Bumi bermula pada 2007 apabila lebih daripada dua juta individu dan 2000 pihak swasta di Sydney, Australia memadamkan lampu selama sejam pada 31 Mac untuk mengurangkan perubahan cuaca.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan