24.3.11

Bulan Mac: Bulan Air Sedunia

Salam muhibbah!

Salah satu tema penting bagi bulan Mac ialah Bulan Air Sedunia. Objektif yang cuba disasarkan pada tahun ini ialah untuk memfokuskan perhatian seluruh masyarakat antarabangsa mengenai kesan pertumbuhan populasi urban, perindustrian dan ketidakpastian yang disebabkan oleh perubahan cuaca, konflik serta bencana alam ke atas sistem air urban.

Banner yang dihasilkan Panitia Geografi SMKTAR

Tema bagi tahun ini ialah “Air Untuk Kawasan Bandar”. Tujuan tema ini ialah bagi membuka mata dan menggalakkan pihak-pihak kerajaan, persatuan, komuniti dan individual untuk terlibat aktif dalam mengembalikan hak pengurusan air kawasan-kawasan membangun seperti bandar-bandar.

Satu lagi banner yang dihasilkan warga SMKTAR

Persoalan-persoalan utama yang akan dibincangkan termasuklah:

  • Peningkatan air urban dan keperluan sanitari.
  • Peningkatan pencemaran, kesan daripada bahan buangan domestik dan industri.
  • Perubahan iklim dan cabaran serta risikonya.
  • Eksploitasi melampau ke atas sumber-sumber air yang ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan