3.3.11

Wajah Baharu Blog PS Tunku

Salam muhibbah!

Di Pusat Sumber Tunku, kami sering diingatkan oleh puan Penyelaras supaya sentiasa bergerak proaktif, "Kita bekerja mesti sentiasa pandang ke depan & sebagai pusat sumber, kalau boleh kita nak semua yang guru dan pelajar perlukan ada di sini".

Atas pesanan tersebutlah, Blog Pusat Sumber Tunku kini berwajah baru. Latar yang baharu ini ditampilkan supaya lebih segar dan sesuai dengan pelbagai golongan usia.

Beberapa gajet telah diperkenalkan untuk kegunaan pengunjung. Antaranya link ke Eduwebtv dan Teachertube, untuk kegunaan guru-guru dalam usaha mempelbagaikan bahan bantu mengajar. Selain itu, link ke bank soalan juga telah ditambah untuk membantu para pelajar melakukan persediaan rapi dan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.

Harapan kami, para pelajar dan guru mendapat banyak manfaat daripada blog ini. Selamat mengguna!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan