Salam muhibah!
Ahad lalu, 8 Mei, ialah sambutan Hari Ibu di Malaysia. Ada guru-guru yang menyambutnya di rumah bersama suami dan anak-anak tercinta. Kelab Perdagangan dan Keusahawanan SMKTAR juga mengadakan jualan kek beraneka rasa untuk menggalakkan para pelajar untuk menyambut hari tersebut. Ada kek coklat, kek keju, kek oren dan macam-macam lagi dan ternyata jualan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan! =)
Tapi kan, bukan semua negara menyambutnya pada tarikh yang sama dengan Malaysia. Terdapat hanya negara-negara tertentu yang menyambut Hari Ibu pada Ahad kedua Mei. Antaranya ialah Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, Bahamas, Belanda, Brazil, Brunei, Cyprus, Iceland, Itali, jepun, Jerman, New Zealand, Switzerland dan Turki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan