16 Mei nanti seluruh Malaysia akan mengadakan sambutan yang sama iaitu sambutan Hari Guru. Di televisyen pun sekarang sudah banyak iklan-iklan yang memaparkan ucapan penghargaan buat para guru.
Sebagai tanda penghargaan atas jasa dan khidmat bakti guru-guru, sempena Hari Guru ini, PST ingin berkongsi sebuah sajak nukilan JM Aziz yang bertajuk Bunga Sirih Untuk Guru.
Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.
Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.
Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.
Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.
Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.
Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.
Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.
Buat cikgu-cikgu di seluruh Malaysia, kami warga kerja Pusat Sumber Tunku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan